top of page

GOLDEN TECH MARKETING

Sales and Technical Advisor

Home: Welcome

PENGENALAN

Golden Tech Marketing atau lebih dikenali sebagai G-Tech merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang telah ditubuhkan pada 1 Julai 2009, di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Syarikat juga mengamalkan prinsip ‘Customer First’ iaitu mengutamakan pelanggan dengan memberi layanan dan perkhidmatan yang baik. G-Tech lebih tertumpu kepada sistem penapisan air. Bagi menjaga kepentingan dan kualiti perkhidmatan syarikat telah memilih produk-produk dari syarikat yang diiktiraf. Perkhidmatan sistem rawatan air yang disediakan oleh syarikat juga telah diperiksa dan diluluskan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia.  Visi syarikat G-Tech adalah untuk menjadi Syarikat Penapis Air yang progresif dan dinamik.


Pada 1 Julai 2009, Golden Tech Marketing telah dibuka di pasaraya Giant selama tiga tahun dan berpindah ke pasaraya Billion Seri Manjung pada 1 Ogos 2012. Selepas lima tahun, G-Tech berpindah di Lot 80 Pusat Bandar Seri Manjung  pada 1 Ogos 2017 dan telah beroperasi sehingga sekarang.


Syarikat G-Tech juga mempunyai cawangan di Teluk Intan iaitu dibuka pada tahun 2009 di TF Value Mart dan telah beroperasi selama enam tahun. Setelah itu, pada tahun 2015 G-Tech cawangan Teluk Intan bertukar ke TF Value Mart Taman Melur dan akhirnya G-Tech telah berpindah di Lot 80 Taman Melur Teluk Intan pada tahun 2018.

Home: Bio
Home: Gallery

PRODUK-PRODUK YANG DIPASANG

Ingat G-Tech Menjamin Kesihatan Anda

water dispenser.jpg

WATER DISPENSER

water filter.jpg

WATER FILTER

water cooler.jpg

WATER COOLER

logo 1.jpg

MASTER FILTER

Home: Awards

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

-Menjual & memborong pelbagai jenis penapis air
-Membaiki pelbagai jenis penapis air
-Mengubahsuai sistem penapis air
-Memeriksa kualiti sistem penapis air
-Menjual pelbagai aksesori penapis air
-Menyediakan perkhidmatan sistem osmosis songsang, sistem rawatan air JBA dan juga sistem rawatan air bawah tanah
-Menyediakan perkhidmatan rekabentuk sistem rawatan air

Home: About

CONTACT

No.80, Persiaran PM/1, Pusat Bandar Seri Manjung, 32040 Seri Manjung, Perak

+6056870099

  • facebook
  • instagram

Thanks for submitting!

Home: Contact
bottom of page